Subaru Forester baharu hadir di US

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Subaru America melancarkan Forester 2019 ketika pertunjukan New York International Auto Show baru-baru ini.

Generasi kelima SUV lagenda itu dibina menggunakan kerangka berdasarkan Subaru Global Platform yang lebih stabil, lebih seronok dipandu, lebih selamat, lebih selesa dan lebih senyap.

Forester itu akan datang dengan enjin 2.5 liter 182 hp Boxer dengan transmisi Lineartronic CVT.

Enjin itu dilengkapi dengan sistem pancitan terus (direct injection) dan nisbah mampatan yang lebih tinggi.

Seperti biasa, Forester ini menggunakan sistem Symmertical All-Wheel Drive (AWD).

Subaru turut memasang alat keselamatan EyeSight Driver Assist Technology untuk varian Forester di negara besar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, ia SUV sama yang anda lihat pada artikel yang kami telah muat naik beberapa hari lepas, di mana…
Model Terbaharu
Tipikal sebuah model facelift, tiada sebarang perubahan ketara dikesan melainkan rupa hadapan yang…
Berita Domestik
Subaru Forester GT Lite Edition ini tampil dengan penambahan seperti GT Full Body Kit dan GT…