Subaru Crosstrek PHEV hadir menjelang akhir 2018

oleh Muhamad Hanif|
Subaru baharu sahaja mengumumkan model pertama mereka yang bakal menerima ciri plug-in hybrid, iaitu Subaru Crosstrek.

Masih mengekalkan penggunaan nadi enjin flat four yang menjadi identiti kenderaan Subaru sebelum ini, Subaru Crosstrek PHEV ini bakal menerima sistem hibrid berkenaan daripada rakan kongsi Toyota.
 

Sistem ini juga, sama seperti sistem PHEV kenderaan lain, membolehkan Subaru Crosstrek ini dipacu menggunakan kuasa elektrik semata-mata dan juga di dalam mod hibrid konvensional.

Setakat berita ini ditulis, Subaru tidak mengeluarkan sebarang info berkenaan spesifikasi teknikal dan juga gambar acah berkenaan model yang bakal dilancarkan penghujung 2018 ini. 

Subaru sebelum ini pernah memperkenalkan model hibrid konvensional pertama mereka menggunakan platform Subaru Crosstrek pada tahun 2014.

Sumber: Autoblog

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula dari sekarang sehingga 18 Ogos 2018, kesemua kenderaan yang belum berdaftar serta tempahan…
Berita Global
Unit yang ke-sembilan juta itu disandang oleh Subaru Crosstrek (lebih dikenali dengan XV di…
Berita Global
Sebuah Subaru Impreza hilang kawalan dan melanggar pembahagi dan sebatang lampu jalan di Lorong 1…