Subaru Car Challenge kini kembali - Subaru XV 2.0i-P EyeSight untuk dimenangi!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi Subaru di Malaysia, Motor Image (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengumumkan cabaran Subaru Car Challenge akan kembali ke Malaysia setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Khusus untuk penggemar cabaran, peserta pada acara tahun ini bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa Subaru XV 2.0i-P EyeSight.

Bagi yang belum mengetahui mengenai Subaru Car Challenge, ia merupakan acara ketahanan di mana peserta perlu meletakkan tangan pada sebuah kereta Subaru selama mungkin.

Subaru Car Challenge 2023 di Malaysia bakal menyaksikan 80 peserta berumur di antara 20 hingga 50 tahun untuk bersaing meletakkan tangan di kereta selama 6 jam, di mana setiap kereta akan dilekatkan dengan 20 pelekat tapak tangan.

 

2

 

Cabaran ketahanan selama enam jam itu akan diadakan di Plaza Arkadia, Kuala Lumpur, pada 16 September 2023 bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Lima peserta terbaik akan berpeluang ke peringkat seterusnya, di mana mereka akan bersaing dengan peserta dari rantau Asia di Singapura pada 4 hingga 5 November 2023  untuk peluang memenangi Subaru XV 2.0i-P EyeSight.

Peserta yang gagal mengekalkan tangan di kereta akan disingkirkan sehingga hanya tinggal lima peserta, dan lima peserta terbaik akan menerima ganjaran tiket pergi dan balik bersama penginapan hotel 4H3M di Singapura.

Mereka yang berminat bagi menyertai Subaru Car Challenge 2023 boleh layari laman web Subaru Asia untuk sebarang maklumat lanjut.