Subaru BRZ Manual 2017 - bukan untuk si poyo (RM224,389)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama Subaru memang sering dikaitkan dengan tiga perkara - prestasi, pengendalian dan pacuan 4-roda (AWD).

Itu adalah tiga ciri-ciri utama yang menentukan sebuah Subaru, dan walaupun ia ada model-model yang lebih ke arah kekeluargaan, ciri AWD dan pengendalian mantap tetap dititik-beratkan.

Namun begitu, ada satu model Subaru yang sangat berlainan, dan berbeza dari yang lain - BRZ.

Ia tidak menyerupai mana-mana model Subaru yang lain, dan paling penting, ia menggunakan layout Rear Wheel Drive atau Pacuan Roda Belakang (RWD). 

 

brz1

 

Sememangnya ia ada kembarnya, iaitu Toyota GT86 yang hanya berbeza dari segi kosmetik dan penalaan sistem gantungan. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa BRZ atau GT86 ini dihasilkan oleh Subaru untuk dikongsi bersama.

Kerana itu, logo Subaru memang terpampang jelas pada kesemua komponen kenderaan ini.

Dan kerana itulah juga, ia mempunyai karektor yang sangat sporty kerana Subaru tidak lari dari genre ini. Malah jika dipaksa untuk membuat mesin pembajak sawah bersaing dengan Kubota pun, pastinya pembajak Subaru lebih sporty.

Careta dibenarkan bersama dengan sebuah BRZ manual untuk beberapa hari dan di bawah ialah laporan lanjut akan model kegemaran kami ini.

 

brz2

 

  • Motor Image, pengimport dan pemasang jenama Subaru di Malaysia akhirnya membawa masuk varian manual untuk BRZ ini. Sebelum ini, anda perlu menempah untuk mendapatkan varian itu.
  • Model BRZ ini ialah versi terkini 2017, dan ia mempunyai beberapa perbezaan kosmetik dan teknikal dari varian terdahulu.
  • Dari segi kosmetik, ia dibekalkan dengan lampu hadapan LED dengan DRL yang juga dari jenis LED. Malah, lampu kabus hadapan dan lampu belakang juga dari jenis LED sepenuhnya.
  • Spoiler pada bamper hadapan juga baharu dan lebih agresif tetapi ia tidak datang dengan spoiler di belakang. Boleh ditambah, tetapi ehemm, bayaran juga perlu ditambah.

 

brz3

 

  • Fender sisi dahulunya mempunyai liang udara palsu, dan Subaru membuangnya dan digantikan dengan sirip-sirip kecil yang nampak lebih mempunyai fungsi.
  • Roda aloi 17-inci juga dari jenis 10-jejari - sama dengan yang ada pada Toyota GT86.
  • Bamper belakang tidak berubah, dan masih ada lampu kabus belakang bentuk tiga segi diapit oleh lampu undur dan dua corong ekzos yang besar.
  • Secara umumnya, rekabentuk BRZ ini tidaklah begitu garang, tetapi lebih kepada jelita dan untuk mereka yang minatkan sesuatu yang garang, mungkin mereka akan mengalih perhatian kepada model lain. Biasalah, ramai yang lebih suka berlagak laju tetapi tukaran gear pun masih menggigil.

 

brz4

 

  • Tempat duduk belakang mampu memuatkan kanak-kanak kecil yang mempunyai kaki yang pendek, atau yang tidak berkaki langsung. Sebenarnya, ia boleh digunakan jika pemandu dan penumpang hadapan mempunyai sifat kurang-inci.
  • Untuk penulis yang setinggi enam kaki ini, tempat duduk belakang lebih kepada tempat simpanan barang sahaja.
  • Ruang kabin menerima pembaharuan yang lebih bermakna dan praktikal. Antara kelemahan BRZ dahulu ialah kabin yang terlalu "old-school" - tidak ada langsung panel info LCD dan stereng pun hanya kosong tanpa sebarang fungsi. Kononnya ia direka untuk memberi fokus lebih kepada pemanduan di litar walhal hampir 99 peratus manusia menghabiskan 90 peratus waktu memandu di jalanraya biasa sahaja.

 

brz5

 

  • Kami juga dapati BRZ ini lebih senyap dari varian sebelumnya, meningkatkan lagi kadar keselesaan kenderaan sporty ini.
  • Oleh itu, tambahan kelengkapan dalam BRZ ini lebih mengutamakan praktikaliti, keselesaan dan ya, agar BRZ ini lebih kepada sebuah jentera Grand Touring yang sporty.
  • Pertamanya, stereng kini lengkap dengan butang-butang kawalan audio dan fungsi skrin LCD. Careta sambut perubahan ini dengan menadah tangan ke langit sambil bersyukur kerana dalam pemanduan jauh, kebolehan mengawal sistem audio dengan butang di stereng adalah umpama syurga dunia.
  • Panel meter kini direka semula agar mampu memuatkan sebuah skrin LCD berwarna agar model ini lebih relevan dengan pesaingnya.
  • Skrin informasi itu memaparkan antara lain data prestasi kenderaan dan sekiranya anda ke litar, masa satu pusingan atau lap timer. Paling penting, skrin LCD itu nampak modern dan berbaloi dengan harga yang anda bayar untuk BRZ ini.

 

brz6

 

  • Kawalan pendingin hawa lebih premium, dan datang dengan fungsi dua zon. Ini sebenarnya bukan baharu kerana ia sudah ada pada GT86 varian premium dahulu untuk pasaran Jepun.
  • Tempat duduk dan panel pintu juga datang dengan jahitan merah untuk kelihatan agresif. Selain dari itu, kemasan Alcantara turut digunakan agar terasa premium. Sekali lagi, ia sama seperti GT86 varian premium di Jepun dahulu.
  • Namun begitu, tidak seperti GT86 varian premium untuk pasaran Jepun, BRZ ini datang dengan tayar simpanan di dalam ruang but. Yang di Jepun, anda diberikan hadiah satu tin alat penampal tayar dengan pam elektrik - keduanya tidak berguna jika tayar anda terkoyak atau bocor itu besar (tanya peronda Besraya - Careta pernah terkena situasi itu dengan GT86 pada jam 2.00 pagi).

 

brz7

 

  • Kelengkapan lain ialah sistem audio dengan enam speaker (yang menghasilkan mutu audio yang so-so), sistem keyless entry dan butang start/stop dan tujuh beg udara. Alatan keselamatan lain ialah Isofix untuk kerusi belakang, traction control dan Vehicle Stability Control (VSC), ABS, EBD, Hill Start Assist dan lain-lain.
  • Perlu diingatkan, ia datang dengan transmisi 6-kelajuan manual yang bermakna anda mendapat sebuah pedal tambahan percuma - pedal klac. Dan pedal klac ini menyimpan pelbagai rahsia keseronokan memandu, ditambah dengan pacuan roda belakang, enjin tanpa turbo yang memberikan hantaran tenaga yang linear serta talaan sistem elektronik VSC yang memungkinkan ekornya liar sedikit sebelum komputer merampas kembali kawalan sebelum anda berakhir di dalam longkang.
  • Tambahan alat Limited Slip Differential (LSD) pada gandar belakang juga membenarkan anda melakukan aksi drift. Jika anda bercadang hendak membeli unit reconditioned, pastikan ia lengkap dengan LSD ya kerana ia sebenarnya alatan tambahan di Jepun.
  • Dari segi enjin, ia masih menggunakan unit yang sama - enjin susun atur Boxer 2.0L D-4S dengan direct injection, tanpa turbo.
  • Ia masih menghasilkan 200 hp dan 205 Nm cuma anda perlu benar-benar bermain dengan gear untuk memastikan anda berada di dalam banjaran tenaganya (antara 6,400 ke 7,000 RPM). Bukan mudah, tetapi dengan transmisi manual, ia lebih mudah.

 

brz8

 

  • Kerana banjaran tenaga yang tinggi dan pendek itu, kepakaran bermain dengan pedal sangat perlu. Contohnya, skil heel-and-toe membantu memastikan RPM tidak turun banyak.
  • Sekiranya anda tidak tahu skil itu, tidak mengapa kerana BRZ ini akan memaksa anda untuk belajar kesenian kaki itu. Dan secara automatik, anda tidak akan masuk dalam golongan pemandu media sosial yang hanya pandai menggunakan keyboard dan transmisi automatik sahaja.
  • Ada yang berkata, enjin ini sepatutnya menggunakan turbo kerana ia tidak berkuasa. Benar, sekiranya anda pemandu berhingus kerana untuk pengetahuan anda, Tengku Djan Ley sendiri memiliki kembar BRZ ini dan juga beberapa pelumba profesional yang lain kerana BRZ ini melatih anda mengenai kepakaran, usaha dan skil pemanduan yang tinggi untuk laju di litar.

 

brz9

 

  • Sistem VSC itu pula mempunyai butang mod Track untuk membenarkan anda melakukan aksi "drift" - bukan drift panjang tetapi cukup untuk sedikit keseronokan ekor membuang di jalanraya biasa. Bila sudut drift atau drift angle itu terlalu ekstrem, komputer terus merampas kembali kawalan agar anda mampu menegakkan kembali BRZ ke haluan sebenar.
  • Untuk yang tahu apa yang dilakukan, tutup terus sistem VSC dan anda akan dapati bahawa BRZ ini amat mudah untuk drift. Tidak perlu halaju yang tinggi, dan input stereng yang sedikit sudah cukup untuk memanjangkan jarak drift anda. Apapun, ia tidak akan menjadikan anda sehebat Djan kerana drift seperti Djan memerlukan skil yang tinggi.

 

brz gulp

 

  • Secara ringkas, memang dengan harga yang sama, anda boleh membeli kenderaan sport yang lain dengan enjin yang lebih berkuasa dan lebih laju.
  • Cuma untuk kepuasan memandu yang sebenar, tidak ada apa yang mampu menandingi nikmat dari hantaran enjin bukan turbo (lebih linear, bermakna lebih mudah untuk mengawal pendikit semasa drift atau mengambil selekoh) dan dengan imbangan berat dan sistem gantungan yang sangat telus, tidak ada model baharu yang lain yang mampu melakukan apa yang mampu dilakukan oleh Subaru BRZ 2017 ini.
  • Tetapi jika masih ada yang poyo, tidak ada apa yang kami dapat lakukan kecuali tersenyum sinis seperti gamers old-tie melihat newbies terkinja-kinja dengan skil kanak-kanak mereka.

Di bawah ialah video review Careta akan Subaru BRZ ini.

brz11

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…