Subaru Amerika catat jualan sebanyak 9 juta unit kenderaan - Crosstrek paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Subaru cawangan Amerika kini mencatatkan rekod dengan penjualan yang ke-sembilan juta unit kenderaan semenjak unit pertama dipasarkan di sana pada tahun 1968.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit yang ke-sembilan juta itu disandang oleh Subaru Crosstrek (lebih dikenali dengan XV di Malaysia) milik pelanggan tetap Subaru yang bermastautin di Arkansas. 
 


Pemilik bertuah itu, Dr Hershey Garner sebelum ini pernah memiliki sebuah Subaru Baja pada tahun 2005 sebelum mengambil keputusan untuk membeli sebuah Crosstrek baharu. 

Beliau menerima kejutan istimewa tersebut daripada pihak Subaru ketika sambutan Adventure Subaru yang bertempat di Fayetteville, Arkansas dengan menerima Subaru Crosstrek yang berwarna Heritage Blue, warna rasmi bersempena ulang tahun ke-50 Subaru di Amerika. 

Subaru Amerika kini menunjukkan peningkatan mendadak jumlah penjualan Subaru Crosstrek di sana dengan peratusan peningkatan mencecah 88.7% berbanding tahun sebelumnya. 

Syarikat pengeluar dari Jepun itu memecahkan rekod jualan di Amerika selama sembilan tahun berturut-turut dengan jumlah penjualan kenderaan direkodkan mencecah 40,000 unit sebulan. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…