Tindakan lelaki itu kemudian memaksa isterinya berjalan sejauh lebih 19.31 km untuk meminta bantuan polis.
Difahamkan, Boontom Chaimoon, 55 dan isterinya Amnuay Chaimoon, 49 sedang melakukan perjalanan menghabiskan cuti di kampung halaman di wilayah Maha Sarakham.
Semasa berhenti di tepi jalan pada jam 3 pagi waktu tempatan, suami tersebut tidak sedar isterinya turut keluar sama untuk membuang air kecil sebelum meneruskan perjalanan.
Amnuay kemudian sedar suaminya telah pun meninggalkan tempat tersebut, dan lebih malang lagi beliau tidak membawa telefon bimbit memandangkan ia disimpan di dalam beg yang ditinggalkan dalam kenderaan tersebut.
Disebabkan keadaan sekeliling terlalu gelap, Amnuay berasa amat takut dan keliru sebelum membuat keputusan untuk berjalan kaki mencari bantuan.
Setelah berjalan sejauh 20 km, beliau berjaya sampai di daerah Kabin Buri pada jam 5 pagi dan meminta polis tempatan untuk menghubungi telefon suaminya.
Sementara itu, suami yang telah memandu sejauh 150 km itu akhirnya menyedari situasi yang terjadi, dan terus berpatah balik untuk mengambil isterinya.
Sumber: New York Post