Struktur baharu cukai SST lebih menguntungkan pengguna - PDA, KVP

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu kerana ianya dapat membantu mengurangkan harga kenderaan Perodua.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Struktur SST, yang mengenakan kadar cukai sebanyak 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, hanya dilaksanakan sekali sahaja di permulaan rantaian  perniagaan.


"Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menerangkan kepada kami bagaimana struktur cukai baharu ini dilaksanakan. Berdasarkan struktur cukai baharu ini, kos keseluruhan kenderaan dapat dikurangkan sebanyak 1% hingga 3% (berbanding harga di bawah 6% GST)," kata Presiden Kelab Vendor Perodua, En Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee.

Semalam (3hb September 2018), Perodua mengumumkan bahawa harga kenderaannya telah dikurangkan antara 1% dan 3% untuk kebanyakan modelnya berbanding senarai harga di bawah era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6%.

"Kepada Perodua, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membuat pesanan komponen dan alat ganti kenderaan yang besar, sekaligus mengekalkan ekosistem automotif Malaysia," kata Musa.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjual 140,900 unit antara Januari dan Julai 2018, peningkatan sebanyak 18.8% daripada 118,600 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Musa berharap kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di dalam ekosistem automotif Malaysia, bermula dari pembekal auto, pengeluar peralatan asli sehingga para pengedar sah untuk sebarang dasar yang dibuat pada masa akan datang.

 


Presiden PDA, En Khairul Nizam Ayob berkata: "Terima kasih kepada Perodua dan kerajaan kerana menyokong kami. Pengurangan harga di antara 1% dan 3% berbanding harga semasa era GST akan menjadikan industri lebih kompetitif."

"Kami akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Perodua," kata Khairul Nizam.

“Kepada para pelanggan yang dihargai, sila kunjungi pusat jualan dan pusat servis Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga baharu kenderaan kami. Penasihat jualan dan servis kami yang sah amat berbesar hati untuk melayani anda,” tambah beliau.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Domestik
Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…