Stroller bayi Mercedes-AMG kini dengan rekaan rim baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua tahun yang lalu, Mercedes-Benz telah berkolaborasi dengan Hartan untuk rekaan stroller bayi, dan hasil kerjasama antara kedua belah pihak tersebut membuahkan kejayaan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kini, Mercedes hadir lagi dengan sebuah lagi stroller bayi AMG serba baharu yang bakal dijual bermula lewat tahun ini.

Stroller bayi AMG baharu ini merupakan versi naik taraf kepada model yang terdahulu, dan tampil dalam dua rekaan yang berbeza.

 


Antara ciri menarik termasuklah roda yang lebih besar, 'sistem suspensi', brek parkir, tempat pemegang yang boleh dilaraskan ketinggiannya, safety harness lima poin, dan pad bahu untuk keselesaan yang lebih baik.

Tempat duduk bayi juga boleh diubah kedudukannya, serta dibaringkan mengikut kesesuaian.

Rekaan rim pula dilihat mengikut rekaan sebenar rim AMG cross-spoke dengan kemasan warna hitam kusam, manakala tempat duduk yang disebutkan tadi hadir dalam dua warna pilihan iaitu hitam atau graphite.

 


Mercedes-AMG turut menawarkan aksesori yang boleh dipadankan seperti carrycot, tilam Softline, permukaan baring yang boleh dipanjangkan, ventilasi lantai serta beg berjenama AMG.

Kedua-dua stroller AMG ini bakal menyertai barisan Avantgarde yang kini dikemaskinikan dengan penawaran warna baharu, casis berwarna, penggunaan bahan Dessin, dan pelindung sinaran mentari.

Salah satu kelebihan yang ada pada stroller AMG ini adalah binaan aluminium dengan berat sekitar 8.9 kilogram sahaja, sementara berat tempat duduk pula sekitar 4.1 kilogram sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…