STELLANTIS MALAYSIA BAWA AHLI KELAB KERETA PEUGEOUT, CITROEN, DS KE KILANG GURUN

oleh Firdaus Razani|
Stellantis Malaysia baru-baru ini telah menjemput ahli-ahli kelab kereta Peugeot, Citroen dan DS untuk melawat kemudahan dan juga menguji beberapa model kereta di kilang pemasangannya di Gurun, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Morais dan pasukan mereka.

Kesemua peserta berpeluang untuk melawat dan dipertontonkan bagaimana kereta-kereta di kilang tersebut dibangungkan serta disatukan.

 

stellantis

 

Kemudian, peserta turut berpeluang untuk lakukan pandu uji dengan beberapa cabaran yang berbeza di sekitar kawasan kilang tersebut.

Beberapa model disediakan untuk sesi pandu uji antaranya adalah 2008, 3008 dan 5008 yang kini dipasang di Malaysia serta trak pikap Landtrek yang akan dipasang tidak lama lagi.

 

stellantis

 

Tambahan itu juga, mereka turut berpeluang untuk memandu 408GT baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi yang dijangkakan pada suku seterusnya.

 

stellantis

 

Selain itu, setiap ahli turut berpeluang merasai pengalaman baharu untuk memandu Landtrek bagi melihat keupayaan model tersebut di laluan simulasi off-road di sana.

Mereka juga berpeluang melihat beberapa model terbaru daripada Alfa Romeo, Jeep dan Citroen dan tidak pasti sama ada model itu ditawarkan di pasaran pada masa hadapan ataupun tidak.

 

stellantis

 

Pada penghujung program tersebut, Gonzalez turut mengadakan sesi bual bicara dengan para peserta dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas langsung.

 

stellantis

 

Perkara tersebut membuktikan bahawa Stellantis benar-benar serius untuk membawa marques ke tahap yang lebih tinggi.

 

SUMBER : MotaAuto

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…