Starlet baharu, bukti platform DNGA Daihatsu cukup bagus?

oleh Firdaus Razani|
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Dalam tahun 80-an, Toyota Starlet KP60 cukup popular sebagai kenderaan wanita.

Kecil dan sporti, hatchback 3 atau 5-pintu itu memang disasarkan untuk pemandu wanita urban, walaupun ada suami-suami yang melakukan modifikasi untuk menampakkan ia nampak lebih agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

toyota

 

Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara ialah dari pacuan roda belakang (RWD) ke pacuan roda hadapan (FWD).

Ini dilakukan demi untuk penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan, ruang kabin yang besar dan keselamatan pemanduan.

toyota
KP70 3-doors (1985)

 

Selepas itu, Starlet hampir lenyap terus dari Malaysia. Model P80 yang dilancarkan pada penghujung 1989 jarang muncul di jalanraya Malaysia kerana ketika itu, kita sudah ada kenderaan nasional dan model-model yang boleh bersaing dengan model Proton dan Perodua dikenakan cukai yang tinggi.

 

toyota
P80 3-doors

 

Namun begitu, sekali sekala ada yang dibawa masuk dari Jepun, terutama varian EP82 GT Turbo dengan enjin 4E-FTE yang menghasilkan 135 PS.

 

toyota
EP82 GT Turbo

 

Tidak begitu tinggi tetapi bila dipadankan dengan berat kenderaan yang berada di bawah 900 kg, dan sistem gantungan aktif TEMS dari Toyota, ia menjadi idaman ramai.

Pada Julai 1999, Starlet terus lupus dari dunia automotif apabila Toyota menggantikan model itu dengan Yaris.

 

toyota
Yaris 1st Generation (1999-2006)

 

Dan sekarang, Toyota Jepun dikatakan merancang untuk menghidupkan semula nama Starlet, demi untuk terus berjuang di kejuaraan ralli.

Selepas berjaya dengan siri GR yang dihasilkan dengan menggunakan Supra, 86, Yaris dan Corolla, Toyota Jepun mahu menghasilkan semula Starlet berdasarkan platform yang telah dibangunkan dengan Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

 

toyota
Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

 

Platform DNGA itu digunakan secara meluas oleh Daihatsu dan Perodua, dan ia terbukti satu platform yang versatil bilamana Toyota turut menggunakannya untuk Vios sekarang.

Menurut media Jepun Best Car, Starlet baharu adalah kentera hatchback yang fokus kepada perlumbaan ralli (seperti GR Yaris dan GR Corolla) dan dibina untuk bersaing dengan model-model barat seperti Renault Clio, Peugeot 208 dan Ford Fiesta.

Varian GR akan, seperti biasa, lebih lebar dari varian biasa dan ia akan menggunakan enjin 1.3L tiga-silinder turbo.

Paling menarik, berat GR Starlet ini dikatakan di bawah 1,000kg.

 

toyota
Toyota GR Starlet Rally

 

Dengan penetapan piawaian keselamatan yang ketat, hanya dengan penggunaan bahan-bahan eksotik seperti gentian karbon dan titanium serta besi aloi khusus membolehkan Starlet baharu ini lulus ujian keselamatan tetapi kekal ringan.

Ia juga akan menjadi lebih ringan dari GR Yaris, memungkinkan GR Starlet ini tidak perlu enjin yang terlalu besar dan berat untuk menghasilkan kuasa yang terlalu tinggi.

 

toyota

 

Perbezaan besar model GR cilik ini ialah ia tidak akan menggunakan transmisi AWD, cuma cukup untuk RWD sahaja (pacuan roda belakang).

Pasti ramai yang meminati sukan rali dan yang mahir menggunakan transmisi manual sudah mengalirkan air liur.

Adakah ia akan hadir di pasaran Malaysia?

Jika kita lihat rekod UMW Toyota, ia membawa masuk semua model-model GR dan Careta pasti, yang ini akan turut dibawa masuk.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…
Sukan Bermotor
Estrada Motorsport contohnya bukanlah satu nama yang tidak asing lagi dan sering kali turun dalam…
Informasi
  Toyota Starlet di zamannya ialah umpama Honda Jazz sekarang - hatchback kecil yang menjadi…