SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton generasi pertama pernah mengecap era popular di negara kita. Buktinya ialah walaupun sudah belasan tahun berlalu, masih banyak Rexton berada di atas jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rexton mewakili generasi lama sebuah 4X4, tampak lasak dan gagah, besar dan tidak acah-acah urban seperti kebanyakan SUV hari ini. Rexton juga tidak memasuki segmen premium dengan harga mengarut. Rexton mewakili apa yang pernah dicetuskan oleh pengeluar 4X4 dahulu sama ada dari United Kingdom atau Jepun.

Di Malaysia, jenama SsangYong boleh dikatakan tidak aktif setelah lama tiada pengedar sah. Sebelum ini ada ura-ura jenama ini bakal dihidupkan kembali tetapi ia hanya senyap begitu sahaja.

SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan

 

SsangYong juga kini bukan lagi milik syarikat Korea Selatan sepenuhnya. Sebanyak 73 peratus pegangan SsangYong kini dimiliki oleh konglomerat India iaitu Mahindra & Mahindra.

Kini setelah beberapa generasi dengan rupa hampir sama, SsangYong telah melancarkan Rexton baharu dengan saiz yang kekal besar atau lebih tepat lagi berada dalam segmen D/E. Suatu yang menarik apabila SsangYong mengatakan bahawa ini adalah kenderaan 4x4 tulen.

Rexton dibangunkan di bawah projek bernama Y400 dan dipamerkan sebagai LIV-2 concept semasa Pameran Kenderaan Paris pada September 2016.

Di Korea, 4x4 ini dikenali sebagai G4 Rexton dan ia masih menggunakan binaan 'body-on-frame' supaya ia kekal tahan lasak selain membawa imej perkasa yang sinonim sejak generasi pertama.

SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan

 

Berikut ialah spesifikasi utama SsangYong Rexton baharu:

  • Rekabentuk menggunakan konsep Dignified Motion dari identiti rekaan SsangYong iaitu Nature-born 3 Motion
  • Dibekalkan enjin 2.2 liter turbo diesel e-XDi220 dengan kuasa 181PS dan tork 420Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan automatik Mercedes-Benz

  • Berukuran 4,850mm (panjang), 1,960mm (lebar), 1,825mm (tinggi) 2,865mm (jarak roda)

  • Mempunyai dua pilihan tempat duduk sama ada lima atau tujuh

  • Ruang but dengan kerusi dijatuhkan ialah 1,977 liter (model lima kerusi) dan 820 liter jika kerusi dinaikkan (ukuran sehingga paras tingkap)

  • Badan 4x4 ini diletakkan di atas struktur Quad-Frame yang menggunakan material besi ultra kuat gred 1.5Gpa - pertama seumpamanya di dunia dan menggunakan 81.7 peratus besi berkuatan tinggi

  • Mempunyai sejumlah sistem keselamatan mengikut gred iaitu brake assist, electronic brake force distribution dan ABS, traction control, active rollover protection, emergency stop signal, forward collision warning, autonomous emergency braking, lane departure warning, high beam assistance dan traffic sign recognition, blind spot detection dan rear cross traffic alert

  • Turut mempunyai sistem bantuan elektronik untuk pemandua off-road seperti hill start assist and hill decent control dengan darjah dakian approach and departure masing-masing pada 20.5 darjah dan 22 darjah

  • Mampu menunda beban sehingga 3.5 tan dan berat tanpa penumpang di antara 2,095 - 2,233 Kg

 

SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan

 

Di UK, 4x4 tulen ini dipasarkan melalui tiga varian iaitu Rexton EX, ELX and Ultimate. Ia diimport sepenuhnya dari Korea Selatan dan dipasarkan pada harga di antara GBP 27,500 hingga GBP 37,500.

SsangYong tidak mensasarkan Rexton baharu ini untuk semua pelanggan 4x4 tetapi menjangkakan ia bakal menarik perhatian mereka yang menggunakan kenderaan untuk tundaan. 

Satu lagi perkara menarik apabila SsangYong memaklumkan harga Rexton ini kebiasaannya sepuluh peratus lebih rendah berbanding pesaing lain. Harga Rexton lebih rendah dari Hyundai Santa Fe dan Kia Sorento serta setara dengan Land Rover Discovery berusia tiga atau empat tahun.

SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan
SsangYong Rexton kini kembali, 4x4 tulen buatan Korea Selatan

 

Jika itu masih belum mencukupi, SsangYong memberikan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan. Lebih menarik apabila komponen mekanikal seperti galas roda (wheel bearing), sambungan dan sesendal (bush) suspensi, sambungan stereng dan penyerap hentak termasuk dalam waranti ini.

Senang bukan? Apabila pengeluar sendiri yakin dengan produk mereka maka pengguna pun boleh merasa yakin dengan tawaran yang diberi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…