SsangYong fail bankrap - gagal bayar pinjaman disebabkan COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah jenama Korea yang tenggelam timbul, SsangYong telah memfailkan bankrap setelah jenama tersebut gagal membayar pinjaman sebanyak 60 billion won (RM218 juta).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SsangYong mendakwa kelewatan pembayaran tersebut adalah disebabkan prestasi perniagaan yang semakin merosot disebabkan wabak COVID-19, serta gagal mendapatkan persetujuan untuk memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman tersebut.

Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut merancang untuk menyelesaikan masalah kecairan semasa sebelum proses pemulihan dimulakan dengan memohon Sokongan Penyusunan Semula Autonomi.

Sokongan Penyusunan Semula Autonomi itu memberikan tempoh masa selama tiga bulan bagi sesebuah jenama itu mencapai persetujuan dengan pengkredit sebelum tindakan mahkamah diambil.

Syarikat SsangYong dimiliki 70 peratus oleh gergasi automotif India Mahinda & Mahindra semenjak 2011, sebelum dinaikkan kepada 75.65 peratus pada Januari 2019.

Namun disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada tahun ini, syarikat konglomerat India itu membuat keputusan untuk menghentikan suntikan dana kepada jenama SsangYong.

Malah, tidak seperti dua jenama Korea yang lain, SsangYong mengalami kemerosotan jualan 20 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…