SsangYong dedah imej pertama SUV elektrik Korando e-Motion

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Korea SsangYong baru-baru ini mendedahkan secara rasmi imej pertama crossover berkuasa elektrik, Korando e-Motion yang dijadualkan mula dijual di UK Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini, namun ia dikatakan bakal bersaing dengan model-model SUV seperti Hyundai Kona Electric, Kia e-Niro serta model mesra bajet MG ZS EV.

Dari segi luaran, ia masih lagi membawakan rekaan yang sama seperti model petrol dan diesel, melainkan dengan beberapa penambahan elemen EV seperti gril 'kosong' yang lebih aerodinamik, rekaan bampar baharu, rim yang lebih aerodinamik dan trim berwarna biru.

Terdahulu, SsangYong mengesahkan Korando e-Motion ini bakal dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 187 hp, serta pek bateri berkapasiti 61.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 418 km (data NEDC).

Mengikut data rasmi dari Korea Energy Management Corporation, jarak operasi yang mampu dicapai oleh Korando e-Motion adalah sekitar 306 km.

Selain daripada Korando e-Motion, SsangYong juga turut mendedahkan sebuah lagi crossover elektrik serba baharu bersaiz pertengahan dengan kod nama J100.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…