Tujuan langkah ini diambil adalah untuk mengutip data bagi menghasilkan rangka kerja pengawalseliaan yang bersesuaian untuk mengawal industri e-hailing motorsikal.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementeriannya dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memastikan syarikat penyedia perkhidmatan ini sentiasa mematuhi peraturan dan standard keselamatan.
"Kesemua motosikal ini terpaksa mengharungi kesesakan trafik di sekitar Kuala Lumpur, dan nasihat saya agar kesemua motosikal ini perlu mematuhi regulasi keselamatan yang telah ditetapkan.
Anthony Loke berkata demikian selepas mencuba sendiri perkhidmatan Dego Ride dari stesen KL ke stesen LRT Pasar Seni sebelum berjumpa sendiri dengan para wartawan.
Tambah beliau lagi, penyedia perkhidmatan teksi motosikal ini juga perlu menyediakan perlindungan insurans kepada penunggang dan juga pembonceng.
sumber: FB Food Delivery Rider
"Harus diingat, kita masih tiada rangka kerja peraturan yang kukuh untuk mengawal industri ini, termasuklah penghantaran makanan.
"Oleh sebab itu kami mahu melihat industri ini secara holistik, dan apabila perkhidmatan ini lebih berintegrasi, jadi lebih senang untuk kita kawal keseluruhan industri ini.
Tempoh percubaan untuk perkhidmatan teksi motosikal di Kuala Lumpur bermula 3 Januari lalu untuk tempoh selama enam bulan.
Sehingga kini, Dego Ride merupakan satu-satunya syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan teksi motosikal dengan 700 orang rider dan lebih daripada 4,000 permohonan yang masih dalam proses.
Sumber: The Sun