Sporti, Canggih dan Eksklusif - Porsche Macan SportDesign Series

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan model terbaharu siri Macan SportDesign malam tadi. Siri Macan SportDesign ini lebih tersendiri dari segi rupabentuk sporti dan menawarkan peminat Porsche dengan pelbagai ciri yang direka untuk memberikan pengalaman sepenuhnya dengan kecanggihan Porsche Macan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche Macan SportDesign ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Volcano Grey Metallic dan Carrara White Metallic. Warna ini di beri pilihan memandangkan ia bersesuaian dengan warna hitam-merah kemasan kulit bahagian dalam interior.  Bahagian luaran juga lebih dinamik di bahagian hadapan dan skirting di bahagian tepi dan belakang yang lebih menonjolkan alaf dinamik Macan.

 

Macan 1


Macan SportDesign Series penampilan yang sporty namun tersendiri dan dengan ciri-ciri seperti berikut:

- Lampu hadapan LED
- tailight (lampu belakang) LED 
- Roda 21 inci
- kerusi hadapan untuk pemandu dan penumpang diberikan 14-way power seats beserta memori yang boleh disetkan.
- Bose Surround Sound System dengan 14 pembesar suara dan 545 watt
- Penggantungan udara termasuk pelarasan tinggi naik termasuk Porsche Active Suspension Management dan Pakej Chrono Sport
- Edisi terhad dengan 40 unit sahaja untuk dijual
- Berharga RM545,000 dengan 4 tahun warranti dan penyelenggaraan percuma

Sempena pelancaran model Macan SportDesign ini, SDAP akan menganjurkan 'Rumah Terbuka' di Porsche Centre Glenmarie, Porsche Centre Sungai Besi dan Farquhar Mansion untuk negari di belah utara pada hujung minggu ini.