SM Sport 110E, WMOTO VE1-110E, WMOTO WM110 - Model mampu milik dari Mforce, bermula serendah RM3,748

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pasaran motosikal mampu milik bukan suatu pasaran yang dijadikan keutamaan bagi sesetengah pengeluar motosikal, Mforce Bike merupakan antara yang menawarkan barisan model mampu milik dengan spesifikasi terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara motosikal-motosikal ekonomi yang menjadi pilihan dari Mforce adalah seperti SM Sport 110E, WMOTO VE1-110E dan juga WMOTO WM110.

 

2

 

Bermula dari model paling mampu milik, WMOTO VE1-110E bermula dari RM3,748 yang ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning.

WMOTO VE1-110E dikuasakan oleh enjin 106.7 cc, silinder tunggal dan 2 injap, yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 6.6Hp dan 6.9 Nm.

 

3

 

Bahagian suspensi pula dilengkapi fork jenis teleskopik pada bahagian depan dan penyerap dwi-kejutan di bahagian belakang.

Model kedua ialah WMOTO WM110, ia bermula dari RM3,788 yang ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan hitam.

 

4

 

WMOTO WM110 dikuasakan oleh enjin 109 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 7.1 HP dan 7.2 Nm, bersama tangki minyak sebesar 4 liter yang mampu memberikan jarak sejauh 55km per liter.

Bahagian suspensi dilengkapi fork jenis teleskopik pada bahagian depan dan penyerap dwi-kejutan jenama Kayaba (KYB) di bahagian belakang, ia turut hadir bersama brek cakera pada bahagian depan.

 

5

 

Model ketiga mampu milik ialah SM Sport 110E, ia bermula dari RM3,859 yang ditawarkan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning.

SM Sport 110E dikuasakan oleh enjin 109 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 6.03 HP dan 7 Nm, bersama tangki sebesar 4.0 liter.

 

6

 

Bahagian suspensi turut dilengkapi fork jenis teleskopik pada bahagian depan dan penyerap dwi-kejutan di bahagian belakang.

Tentu sekali, ketiga-tiga model yang ditawarkan pastinya mampu memberikan tunggangan harian terbaik pada spesifikasi terkini dan mampu milik.

 

7

 

Ketiga-tiga model tersebut boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

Para pembeli juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Bobbie VII dikuasakan oleh enjin bersesaran 693cc 2 silinder 4 lejang yang mampu menghasilkan…
Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…
Berita Domestik
Untuk penawaran terbaharu ini, WMoto RT3S kini menampilkan skrin paparan digital TFT dengan tiga…