SM Sport 110 R - fokus lebih pada ekonomi (RM3,788)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama baharu, SM Sport telah melancarkan produk pertama mereka, SM Sport 110R dengan harga RM3,788, tidak termasuk GST dan kos atas jalan.

Menggunakan enjin 109cc SOHC dengan 6.4 hp dan 7.0 Nm serta halaju maksima dalam 115 kmsj (penunggang saiz sederhana), ia dikatakan mampu memberikan perjalanan sejauh 180 km dengan hanya setangki petrol bersaiz 4 liter.

Transmisi ialah 4-kelajuan rotari dan sistem gantungan pula ialah dari jenis Kayaba.

SM Sport USP

 

Enjin dari Qian Jiang Motorcycle ini turut mempunyai fungsi Suis Penjimatan Bahan Api yang menggunakan kaedah kedudukan pendikit bagi mengawal penggunaan bahan api.

"Sebanyak 10 peratus penjimatan boleh dilihat dari penggunaan suis itu, " ujar Omar Yani Othman, Pengurus Perancangan Produk MForce.

Oleh kerana ia masih menggunakan karburetor, SM Sport 110R ini menggunakan ekzos dengan pemangkin (catalyser) untuk memastikan ia menepati piawaian asap Euro 3.

Sm Sport spek

 

Walaupun harganya mampu milik, SM Sport tidak berhasrat untuk menjadikan ia sebuah motosikal ringkas. ciri-ciri menarik SM Sport 110R ini termasuk:

  • Lampu DRL jenis LED di hadapan
  • Lampu membelok LED depan dan belakang (menepati piawaian UN ECE untuk jarak antara lampu membelok, iaitu 240 mm untuk hadapan dan 180 mm untuk belakang).
  • Ruang barang di bawah pelana sebesar 10 liter
  • Port pengecaj USB di ruang barang
  • Tayar tanpa tiub (tubeless)
  • Roda tuang aloi
  • Brek cakera di hadapan

 

SM sport meter

Untuk mereka yang mahu memasang kotak barang, jenama kotak Coocase untuk model ini akan dihasilkan dalam sebulan dua lagi.

Dengan dua tahun jaminan atau 20,000 km, serta kos servis yang sangat murah (tidak ada penapis minyak pelincir atau oil filter), ia memang direka untuk mereka yang mahukan sebuah pengangkutan mampu milik yang lasak dan menjimatkan.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
MForce Bike Holdings, syarikat yang bertanggung-jawab akan jenama-jenama Benelli, Keeway dan SYM…