Skuter Honda NSS300 kini di pasaran - Harga dari RM30.7K

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasaran skuter maxi kini menerima tawaran baharu dari Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) apabila syarikat itu melancarkan Honda NSS300.

Model itu dipasarkan untuk memberi pengalaman penunggangan premium terbaik kepada semua peminat skuter Malaysia melalui slogan My Life, My Story, My NSS300.

"Sejak NSS300 dilancarkan buat pertama kali di dunia 17 tahun lepas dan di Malaysia pada tahun 2014, ia telah berkembang melebihi jangkaan sebuah skuter. Kami mahu meletakkan NSS300 sebagai skuter premium untuk penunggang baharu dan senior yang mahukan tunggangan praktikal dan bergaya" kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, En Nobuhide Nagata.

Di antara ciri-ciri keistimewaan Honda NSS300 ialah ia dilengkapi sistem ABS untuk hentian yang lebih selamat dan meyakinkan. Selain itu ruang simpanannya boleh memuatkan dua topi keledar dan item lain seperti baju hujan.

Honda NSS300 ditawarkan melalui tiga warna iaitu Caribbean Candy Blue Sea, Pearl Himalaya White dan Seal Silver Metallic.

Harga yang disyorkan bermula dari RM 30,727.28, dengan GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Boon Siew Honda turut memberi jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana dahulu).

Honda PCX kini dengan  warna baharu

Selain melancarkan Honda NSS300, Boon Siew Honda turut memperkenalkan Honda PCX dengan warna baharu iaitu Candy Blue Sea Caribbean. 

Harga yang disyorkan bermula dari RM 11,658.94, dengan GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia turut didatangkan dengan jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana dahulu).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…