Skuad motosikal JAIPk cegah jenayah syariah

oleh Hamimah Hamid|
JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan skuad rondaan bermotosikal khusus sebagai inisiatif pencegahan jenayah syariah di negeri itu.

Pengarahnya, Harith Fadzilah Abd Halim berkata, inisiatif itu diwujudkan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk bagi menjalankan tugasan rondaan dan pencegahan jenayah syariah bagi seluruh negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Harith Fadzilah, skuad rondaan bermotosikal terbabit yang turut diwujudkan di setiap Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dilihat memudahkan anggota JAIPk untuk ke destinasi-destinasi dikenalpasti lokasi panas.

“Sekiranya guna van kita tak dapat nak lalu dan masuk lorong-lorong tikus, pendekatan kita lebih dekat kepada masyarakat.

“Jadi skuad bermotosikal ini nampak lebih memudahkan tugas anggota. Mereka lebih mudah untuk ke lokasi yang dikenalpasti,” katanya.

Konvoi bergerak

Menurut Harith Fadzilah, seramai 66 kakitangan JAIPk dan 113 sukarelawan yang dilantik melalui Persidangan Majlis Agama Islam menyertai skuad bermotosikal cegah maksiat itu.

Jelas beliau, skuad bermotosikal terbabit ditubuhkan bukan dengan tujuan mencari kesalahan sebaliknya untuk memperbetul kesalahan yang dilakukan terutama dalam kalangan masyarakat Islam.

Katanya, tinjauan dibuat berbentuk menyantuni masyarakat yang antara lain sebagai usaha mendidik dari aspek pencegahan jenayah syariah dan membendung keruntuhan akhlak serta masalah sosial dengan rondaan tertumpu di kawasan-kawasan tumpuan.

Terdiri drp pelbagai jenis motosikal

Semalam, krew Careta berpeluang mengikuti skuad rondaan bermotosikal JAIPk ke Bulatan Aman Jaya, Ipoh yang menjadi tumpuan golongan muda pada waktu malam.

Rondaan bermotosikal cegah maksiat itu turut dibuat di sekitar Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Taman Polo dengan tujuan menyantuni orang awam dan golongan anak muda sempena hari kekasih.

Bersama Pengarah JAIPk, skuad terbabit mengagih-agihkan risalah serta memberi kesedaran kepada masyarakat hukum menyambut hari tersebut dan rondaan tamat sekitar pukul 2 pagi.

Grup foto sebelom memulakan operasi