Skoda Kodiaq RS kini SUV terpantas di Nurburgring - di tangan pelumba wanita!

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini berpusu-pusu pula pihak pengeluar dengan cubaan untuk memecahkan rekod pusingan terpantas pada litar terkemuka dengan kenderaan terbaharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skoda juga tidak menyerah kalah apabila mereka mengumumkan baharu sahaja memecahkan rekod SUV tujuh tempat duduk yang terpantas di litar Nurburgring dengan Skoda Kodiaq RS. 


Tambah menarik apabila rekod tersebut dipegang oleh seorang pemandu wanita yang pernah memenangi acara berprestij Nurburging 24H dengan catatan masa 9 minit 29.84 saat bagi melengkapkan 20.8 km pusingan litar. 

Menurut Sabine, SUV Kodiaq tersebut sememangnya memberikan pengendalian yang hebat ketika di Nurburging dan ia berada di luar jangkaan beliau sendiri. 
 

Skoda mengatakan SUV Skoda Koqiaq RS ini bakal diperkenalkan pada umum menjelang Oktober ini.

Dikuasakan oleh enjin yang serupa digunakan pada Volkswagen Passat dan Tiguan, Skoda Kodiaq RS ini dijana menggunakan enjin diesel 2.0 liter BiTDI yang mampu menghamburkan sejumlah 236 hp dan 500 Nm daya kilas. 

Skoda Kodiaq RS juga akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol turbo 2.0 liter yang menghasilkan 252 hp seperti mana yang digunakan oleh Ovtavia RS dan Volkswagen Golf GTI.

Saksikan aksi Skoda Kodiaq RS 'membelah' litar Nurburgring pada video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…