Sistem penarafan keselamatan bagi kerusi kanak-kanak diperkenalkan

oleh Mohamad Hanif|
Memilih kerusi untuk kanak-kanak sewajarnya dipermudahkan dengan pengenalan sistem penarafan yang sama seperti ujian penilaian yang dijalankan terhadap kenderaan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Agensi North South Wales (NSW) Centre for Road Safety dan National Roads and Motorists' Association (NRMA) Australia telah berganding bahu memperkenalkan sistem penarafan terbaharu bagi memudahkan ibu bapa memilih kerusi kanak-kanak yang bersesuaian. 

Berikut merupakan keputusan penuh ujian pelanggaran yang telah dijalankan. 
 


Mereka telah menguji 13 model kerusi kanak-kanak yang popular di pasaran Australia dari segi perlindungan ketika kemalangan serta mudah untuk digunakan. 

Ujian yang dijalankan di Crashlab Huntingwood itu terdiri daripada ujian pelanggaran dari arah hadapan, sisi serta pelanggaran serong. 

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, Nuna Klik (gambar di atas) menerima penarafan lima bintang maksimum bagi perlindungan diikuti dengan kerusi Safe-N-Sound Kid Guard Pro yang memperoleh empat bintang bagi kedua-dua kategori perlindungan dan mudah untuk digunakan.

Menurut Menteri Kerjaraya Australia, Melinda Pavey berkata sistem penarafan terbaharu itu dijangka bakal membantu mengurangkan kekeliruan ibu bapa ketika memilik kerusi yang terbaik untuk anak-anak. 

 


Sumber: 9News
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini bertujuan untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh khusus untuk ibu…
Berita Global
Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS…
Berita Domestik
Pemberian subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 ini bakal memanfaatkan lebih 180,000 keluarga B40…