Sistem keselamatan Volvo mampu selamatkan nyawa pejalan kaki di Arizona - IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Kemalangan yang meragut nyawa sorang pejalan kaki di Arizona Mac lalu mungkin boleh dielakkan sekiranya Uber tidak mematikan sistem keselamatan daripada Volvo pada XC90 yang terlibat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh IIHS, mereka mengkritik Uber kerana mematikan sistem collision-avoidance yang mana menurut pegawai David Zuby, SUV daripada Sweeden itu mampu untuk mengelakkan pelanggaran daripada berlaku. 

Laporan awal NTSB Mei lalu memutuskan bahawa sistem sensor kenderaan tersebut sebenarnya  mengesan kehadiran pejalan kaki yang melintasi laluan kenderaan tersebut. 

Walaubagaimanapun, Uber membuat kenyataan sistem brek kecemasan XC90 itu perlu dimatikan fungsinya untuk mengelakkan potensi kenderaan "menggila" walaupun berada di bawah kawalan komputer. 

Kes kemalangan di Arizona telah meningkatkan kesedaran di kalangan umum berkenaan sejauh mana keselamatan sistem kenderaan pandu-sendiri sebelum ia diumumkan selamat untuk kegunaan umum. 

Laporan terkini menyebut syarikat pengusaha e-hailing itu sudah memulakan kembali ujian kenderaan autinomi di Pittsburgh dan San Francisco bermula bulan ini. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Informasi
Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi…
Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…