SISMA AUTO dilantik pengedar kenderaan Volvo

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengedar kereta mewah SISMA Auto yang sinonim dengan dua jenama mewah dari Britain, kini telah menambah satu lagi jenama dalam portfolionya iaitu ikon dari Sweden, Volvo.

Syarikat tersebut telah dilantik sebagai pengedar sah Volvo oleh Volvo Car Malaysia Sdn Bhd.

“SISMA Auto mempunyai rekod yang cemerlang dalam menguruskan jenama mewah dan dengan penyertaan mereka dalam keluarga Volvo Cars, kami akan dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap jenama kami,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Kebelakangan ini, Volvo Car Malaysia telah menyaksikan pertambahan dalam jaringan pengedarnya di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia selari dengan usaha mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan. 

 

Volvo V40 T5 baharu

 

Bilik pameran di Bukit Bintang

Serentak dengan perlantikan ini, SISMA Auto akan mengubah premis pamerannya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, menjadi bilik pameran Volvo.

Bilik pameran itu akan dibuka pada Oktober depan dan melalui lokasi yang strategik akan membantu untuk meningkatkan kenampakan dan kesedaran rangkaian produk terkini Volvo di tengah-tengah kawasan kediaman dan komersial utama di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Concierge SISMA Auto dan lawatan ke Sweden

Pemilik kereta Volvo yang menetap atau bekerja di kawasan sekitarnya akan dapat menikmati pengalaman pemilikan premium kerana bilik pameran Volvo baharu ini turut menawarkan Perkhidmatan Concierge SISMA Auto, iaitu khidmat pengambilan dan penghantaran kenderaan secara eksklusif dari rumah atau pejabat.

Pusat servis Volvo di lokasi baharu itu juga akan menawarkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang lengkap. 

Sempena pembukaan bilik pameran yang baru tersebut, pelanggan yang membeli kereta Volvo baru daripada SISMA Auto berpeluang memenangi lawatan ke Sweden dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata syarikat tersebut amat teruja untuk mengalu-alukan satu lagi jenama kereta Continental premium.

“Kami berharap untuk bekerja bersama Volvo dengan barisan model baharu yang mengujakan dengan harga begitu kompetitif bagi memenuhi keperluan pasaran Malaysia,” katanya.

Masih teruskan operasi Jaguar Land Rover 

Syed Khalil menyatakan bahawa syarikat tersebut masih begitu komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka masa panjang. SISMA Auto akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover syarikat itu di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan setianya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S baharu yang menelan belanja RM5 juta itu menampilkan kemudahan BYD kelas A yang merangkumi…
Berita Domestik
Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman, menjual kembali…
Berita Domestik
Gabungan ini dikatakan mampu memperkukuh pengendalian perniagaan runcit mereka di dalam negara…