Sindiket penipuan pelaburan guna kereta sewa mewah tarik perhatian mangsa

oleh Hamimah Hamid|
MENGGUNAKAN kereta mewah yang disewa antara taktik yang digunakan sindiket pelaburan tidak wujud untuk menipu mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Kenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket tersebut memperdaya mangsa menyertai pelaburan dengan mempamerkan kereta-kereta mewah kononnya hasil kejayaan pelaburan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Melihat pada kereta mewah yang dipandu mereka pasti bakal-bakal pelabur aka tertarik untuk melabur.

 

"Sebenarnya mereka ditipu oleh sindiket terbabit yang mempamer kemewahan dengan kereta mewah yang disewa," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di Ipoh hari ini. 

 

Katanya, untuk kes di Perak, 55 mangsa nyaris terpdaya dengan pelaburan yang mengamburi bakal pelabur dengan kereta mewah.

 

Katanya, sindiket terbabit menggunakan kereta mewah yang disewa bagi menunjukkan gaya hidup mewah untuk menarik mangsa melabur.

 

Bertempat di sebuah hotel di Ipoh, sindiket itu mengadakan seminar pelaburan dan mangsa yang hadir digula-gulakan dengan pendaftaran dan makanan percuma serta cabutan bertuah.

 

Ramli berkata, 55 mangsa tersebut bagaimanapun berjaya dibantu selepas pasukan siasatan jenayah komesil (JSJK) Perak menahan 11 ahli sindiket yang terlibat.

 

Melihat kepada kekerapan kes penipuan pelaburan terbabit, Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak sesekali mempercayai sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dengan agensi berkaitan.

 

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau sebarang pertayaan berkaitan ke CCIS infoline di talian 013-2111222.