Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime Darby Motors untuk mencapai kecemerlangan dan menjadi pelopor industri automotif Malaysia.
Sebagai tambahan kepada sembilan kelas yang mampu menampung sehingga 163 pelatih, akademi itu turut memanfaatkan kemudahan dan kelengkapan berkelas dunia yang ada di Sime Darby Motors City sebagai sumber latihannya.
Latihan disediakan menerusi dua teras utama program pensijilan. Yang pertama melibatkan latihan teknikal dan bukan-teknikal untuk menepati keperluan Pensijilan Prinsipal.
Ia dikendalikan oleh 11 jurulatih dalaman yang telah menjalani pensijilan sama oleh jenama utama dunia yang diwakili oleh Sime Darby Motors.
Teras kedua merupakan program latihan Sime Darby Motors, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan bakat untuk mempertingkatkan kemahiran berorganisasi dan pengetahuan.
Ia termasuk kemahiran insaniah seperti pembangunan peribadi dan profesional, pemerkasaan kemahiran, khidmat pelanggan, teknik mendapatkan jualan dan banyak lagi.
Latihan tersebut akan dijalankan oleh jurulatih profesional dalaman, serta rangkaian penyedia latihan luaran bertauliah.
Akademi itu turut dilengkapi dengan kenderaan latihan, perkakas latihan, makmal komputer dan lain-lain kelengkapan yang berkaitan EV untuk membolehkan pekerja membangunkan kemahiran mereka selaras dengan perkembangan industri terkini.
Melalui Retail & Distribution Academy, Sime Darby Motors dapat mengumpul sumber kemahiran, pengetahuan dan amalan terbaik untuk dikongsi dengan seluruh organisasi supaya latihan pekerja lebih cekap, berkesan dan kerap.
Memupuk tenaga kerja terlatih juga akan membantu menangani jurang kemahiran, terutamanya ketika Malaysia beralih ke arah kenderaan elektrik serta menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Retail & Distribution Academy, layari laman web Sime Darby Motors.