Menurut laporan The Star, antara model EV CBU yang bakal diperkenalkan kelak termasuklah BMW iX, BMW i4, BMW 3 Series Electric serta Volvo XC40 BEV.
Setakat ini, pihak Sime Darby tidak mempunyai perancangan untuk memasang EV di Malaysia, namun mereka kini sedang meneroka potensi untuk menjadi pengendali stesen pengecasan kereta elektrik di sini.
Menurut ketua pegawai kewangan Sime Darby, Mustamir Mohamad berkata, "kami sudah pun menceburi bidang pembekalan stesen pengecasan menerusi syarikat subsidiari, dan kami sedang melihat peluang untuk menjadi pengendali stesen pengecasan di Malaysia.
Tiada sebarang info lanjut didedahkan buat masa ini, namun ia bakal menjadi satu perkara menarik untuk melihat lebih banyak pihak mahu menawarkan fasiliti tersendiri bagi menyokong penggunaan EV di Malaysia.
Sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad dilapor akan membuka stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang tahun 2023, dan Porsche pula bekerjasama dengan Shell bagi membangunkan jaringan stesen pengecasan di sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan.
Sumber: The Star