SIC bimbang dengan prestasi hambar Adam

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan prestasi hambar dicorakkan Adam Norrodin pada sesi ujian pramusim terakhir yang baru sahaja melabuhkan tirai di Jerez Sabtu lalu, pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mula dilihat seperti cacing kepanasan memikirkan nasib pelumba Moto3 negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali mengakui beliau sedikit bimbang dengan prestasi Adam Norrodin dalam ujian pramusim Moto3.

"Prestasi Ayumu Sasaki (rakan sepasukan Adam) kelihatan sangat baik di kedua-dua trek sama ada Sepang mahu pun Jerez tetapi lain halnya pula dengan Adam, dia tidak begitu baik setakat ini.

"Kita mengharapkan Adam mampu berada di kedudukan ke-10 terbaik pada aksi perlumbaan di Qatar nanti," katanya.

Dalam perkembangan sama, Johan Stigefelt (Pengurus Pasukan) menjelaskan bahawa Adam sememangnya tidak pernah hebat dalam ujian tetapi dia pasti berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

"Pasukan lebih mengenali dia (Adam), dia kelihatan sangat tenang dan kita hanya perlu menunggu aksi dia di Qatar nanti."

"Seperti aksi tahun lepas, Adam mempamer persembahan buruknya dalam ujian tetapi dia tetap berjaya menamatkan pada kedudukan ke-10 terbaik di litar sama (Qatar)," ujarnya.

Terdahulu, Adam dilihat tidak berpeluang untuk mencatatkan keputusan terbaik pada sesi ujian di Jerez apabila saingan tersebut berlangsung dalam kea­daan hujan dan berangin baru-baru ini.