Siapa Sangka Kita Boleh Membeli Volkswagen Beetle di Lazada!

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan kerjasama Lazada Malaysia bakal menjual 12 Beetles Edisi Terhad sempena Kempen Revolusi Online Lazada, yang akan berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2017. Ini adalah kali pertama syarikat pengilang kereta dan syarikat e-dagang bersama-sama menjual kereta di atas talian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beetles Edisi Terhad ini akan dijual pada harga RM112,112* dengan pengurangan harga sebanyak 18% daripada harga runcit yang disyorkan. Tawaran ini hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja. Edisi Terhad 12.12 Beetle ini terdapat dalam dua reka bentuk - "Herbie 53" dalam warna Pure White atau White Silver dan "Bug Hot" dalam warna Tornado Red.

Edisi terhad Beetle ini dilengkapi dengan stereng  yang dibalut dengan kulit, papan permukaan Infotainment bersaiz 5.8" dengan komposisi warna beserta USB, Bluetooth dan 8 Speakers dan bahagian tempat duduk yang di trim dengan kain 'Pepita'. Di bahagian enjin pula, ia dilengkapi dengan TSI turbocharged 1.2l enjin dan 105PS beserta dengan transmisi automatik 7 kelajuan DSG yang dapat menggerakkan tork pada kadar maksimum 175Nm, sudah pasti amat menarik memiliki Mr. Herbie yang unik ini! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Edisi Terhad Beetle ini, lawati www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…