Siapa reka talipinggang keledar moden?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dunia automotif kini penuh dengan pelbagai alatan keselamatan dan dengan perkembangan teknologi, banyak yang menggunakan kelengkapan elektronik.

Namun begitu, alat keselamatan aktif seperti talipinggang keledar ialah antara alat keselamatan yang paling ringkas, paling tua dan masih menjadi antara yang paling penting di dalam sesebuah kenderaan.

Talipinggang keledar moden ialah dari jenis tiga point dan ia dicipta dalam tahun 1959 oleh Nils Bohlin, seorang jurutera dari syarikat Volvo.

 

Idea beliau dihasilkan setelah mengkaji talipinggang keledar dua point yang digunakan pada masa itu lebih memudaratkan dari menyelamatkan jiwa.

Bohlin sebenarnya ialah seorang jurutera penerbangan dengan syarikat Sweden, Saab. Semasa di Saab, Bohlins bertanggung-jawab dalam penghasilan kerusi lonjak atau ejector seat.

Talipinggang keledar moden yang pertama dilancarkan untuk pasaran negara Nordic dalam tahun 1959 untuk dia model Volvo pada masa itu - Volvo Amazon (Volvo 121) dan Volvo PV544.

Bohlin terus bertugas di Volvo sehingga tahun 1985 dan talipinggang keledar moden ciptaan beliau sudah pun berjaya menyelamatkan lebih dari sejuta mangsa kemalangan.

Careta mengucapkan terima kasih kepada Bohlin. We love you!

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
1. Talipinggang keledar menyebabkan lebih banyak kecederaan! Memang benar dalam pelanggaran…
Berita Global
Isu ini diketengahkan oleh sebuah majalah automotif dari Finland, Tekniikan Maailma apabila mereka…