Pasukan Mugen nampaknya memang akan bertanding di dalam perlumbaan 2018 TT Zero dengan penunggang Bruce Anstey, John McGuiness dan Lee Johnston yang bakal menunggang jentera terbaharu Mugen - Shinden Nana.
Untuk yang tidak tahu, perlumbaan Zero TT sudah acapkali dikuasai oleh pembuat motosikal Jepun dan Mugen kali ini bukan sahaja menggunakan khidmat penunggang profesional, tetapi juga mesin perlumbaan baharu.
Walaupun sebenarnya lebih kurang sama dengan jentera Shinden Roku tahun lalu, Shinde Nana oleh Mugen ini datang dengan fairing depan baharu yang membantu aliran udara sejuk ke dalam ruang motor dan bateri elektrik.