Shell lancar minyak terbaik mereka

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shell Malaysia menjadi antara negara pertama di dunia yang melancarkan formula bahan api terbaharu mereka dengan Dynaflex.

Formula Dynaflex ini boleh didapati di dalam kesemua barisan produk mereka yang terdiri dari FuelSave 95, V-Power 97, V-Power Racing, FuelSave Diesel dan FuelSave Diesel Euro 5.

Shairan (kiri) dan Clearly Ahern.
Shairan (kiri) dan Cleary Ahern dari Goldsmiths University of London.

 

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur, Shairan Huzani Husain, ia adalah formulasi bahan api terbaik dari Shell setakat ini dan dibina berdasarkan evolusi enjin-enjin terkini di dunia.

“Ia direka khusus untuk enjin-enjin modern sekarang tetapi ia masih mampu memberikan faedah terbaik untuk enjin-enjin lama,” terang beliau.

“Formulasi Dynaflex bekerja dalam dua prinsip utama - mencegah pembinaan deposit di dalam enjin dan mengurangkan geseran di antara komponen enjin,” kata Mae Ascan, Saintis Kanan dari Shell Global Solutions.

Mae Ascan menerangkan kebaikan Dynaflex
Mae Ascan menerangkan kebaikan Dynaflex.

 

“Pengguna boleh mengharapkan penjimatan bahan api dan prestasi enjin yang lebih baik dengan Shell formula Dynaflex ini,” tambah Ascan.

Shell dengan teknologi Dynaflex ini sudah boleh didapati di kesemua 950 buah stesen minyak Shell di serata negara.

Shell juga melancarkan bahan api baharu ini di Hong Kong dan Indonesia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…