Shawn berijrah je Kelas Sporting untuk tahun ini bersama rakan selebriti Shukri Yahaya setelah kedua-duanya memenangi tempat pertama dan kedua di dalam Kelas Promotional musim lalu.
Di belakang Shawn untuk perlumbaan pusingan pertama untuk musim kedua itu ialah Brendon Lim dan diikuti oleh Kenneth Koh di tempat ketiga.
Menurut Shawn, beliau rasa gementar pada mulanya tetapi hasil pengalaman berlumba di musim yang lalu, Shawn berjaya mengawal perasannya dan terus memandu secara konsisten sehingga tamat perlumbaan.
Untuk pelumba dari pasukan Tedco Racing, Brendon Lim, perlumbaan hari ini lebih kepada cabaran untuk memandu Vios itu secara maksimum sambil mengelak dinding-dinding konkrit.
Shukri Yahaya pula menghabiskan pusingan kelayakan dengan sangat baik dan berjaya memulakan perlumbaan pada posisi kedua.
Sayang sekali selepas empat selekoh pada pusingan pertama, Shukri terlajak laju lantas menghentam dinding.
"Satu tayar terus pancit dan saya terpaksa kembali ke pit," ujar Shukri.
Selepas dua pusingan, Shukri masuk kembali untuk berlumba dan mendapat tempat ke-16.