"Pemeriksaan terhadap individu terbabit mendapati mereka menggunakan 10 kereta mewah antaranya Nissan GTR R35, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Vellfire, BMW dan Honda Jazz.
"Siasatan lanjut mendapati dua lelaki disyaki menjadi penganjur dan lima lelaki ditahan kerana memandu secara melulu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.
"Lima lelaki yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala dua lelaki yang bertindak sebagai penganjur disiasat mengikut Seksyen 81(3) akta yang sama.
"Polis turut menyita enam kenderaan mewah yang digunakan untuk berlumba," katanya.
Menurutnya, polis terus komited untuk membanteras sebarang aktiviti perlumbaan haram atau pemanduan secara berbahaya kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.