Sesi Jejak Kasih Lotus Elise bersama pemilik nama sebenar Elise

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Elise merupakan sebuah roadster dengan konfigurasi enjin tengah, pacuan roda belakang yang mula diperkenalkan pada September 1996.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dengan Series 1, ia hadir dengan rekaan casis aluminium dengan rangka luar diperbuat daripada gentian kaca buatan tangan memberikan sebuah platform yang sangat tegar dan pada masa yang sama mengekalkan berat dan kos pembuatan yang rendah. 

 


Ketika Proton menjadi pemilik jenama Lotus, Lotus Elise pernah dipasang di kilang Proton Shah Alam sebanyak 150 unit dengan komponen tempatan sebelum dipasarkan ke beberapa buah negara seperti Jepun, Hong Kong, Australia dan New Zealand. 

Difahamkan, kos pemasangan Lotus Elise di Shah Alam pada ketika itu lebih murah berbanding kos pemasangan di kilang asal Lotus. 

Lotus Elise dikuasakan oleh enjin empat silinder Rover yang hanya mampu menghasilkan 188 kuasa kuda, namun disebabkan casis dan badan yang serba ringan, ia mampu memecut dari 0-97 km/j sepantas 5.8 saat sahaja. 
 


Tahukah anda, Lotus Elise mendapat nama bersempena nama cucu pengerusi Lotus dan Bugatti pada ketika itu, iaitu Romano Artioli seperti yang dipaparkan pada gambar klasik di atas?

Pemilik nama Elise Artioli dikhabarkan kembali ke kilang pemasangan Lotus baru-baru ini untuk sesi penyatuan semula bersama model Lotus lagenda dan pada masa yang sama diberi penghormatan untuk bergambar bersama kereta yang sama diabadikan pada gambar tahun 1996 itu. 
 


Selain daripada sesi bergambar, Elise juga diberikan peluang untuk mencuba beberapa pusingan di Litar Ujian Hethel di dalam Lotus Exige Sport 410 dan Evora GT410 Sport. 

Anehnya, itu merupakan kali pertama beliau merasai pengalaman pemanduan di dalam Lotus sepanjang hayat hidupnya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, terdapat 35,124 unit Lotus Elise telah diproduksikan sejak 25 tahun yang lalu, dan unit…
Berita Global
  Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan…
Berita Global
Menurut hantaran dari FB Bureau of Customs PH, kesemua 21 unit kenderaan yang dirampas itu…