Sertai peraduan Volkswagen GTIWorthersee, menangi trip ke Austria untuk dua orang!

oleh Afandi Che Muhamad|
Bagi menghargai sokongan diberikan terhadap model kompaknya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam mengumumkan penganjuran peraduan baharu dikenali sebagai GTIWorthersee yang menawarkan hadiah berupa trip percutian percuma ke festival tahunan Golf GTI di Austria.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menyertai peraduan berkenaan, anda perlu mengikuti langkah yang disertakan seperti di bawah:

Langkah pada Pusingan Pertama:

  1. Anda dikehendaki mendaftarkan dan menyempurnakan butiran peribadi menerusi laman web, https://www.volkswagen.com.my/GTIWorthersee
  2. Peserta boleh mengambil bahagian dalam pusingan percubaan untuk membiasakan diri sebelum mereka memulakan kuiz
  3. Peserta dikehendaki menjawab 10 soalan pilihan berganda dalam jumlah masa terpantas
  4. Setiap peserta boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan sepanjang tempoh peraduan berlangsung dari 20 Mac hingga 27 Mac
  5. Tiga finalis akan dipilih untuk bersaing dalam Pusingan Akhir

Langkah Kedua (Pusingan Akhir):

  1. Tiga finalis akan bertanding di dalam kuiz langsung yang dihoskan di Volkswagen Tour di Pusat Membeli-belah 1Utama pada 31 Mac 2018.
  2. Pemenang akan dipilih berdasarkan masa terpantas, paling banyak jawapan betul (tertakluk kepada keputusan juri) sebelum nama diumumkan pada acara tersebut.

Melihatkan panduan itu, jelas bahawa hanya tiga peserta terpantas menjawab bakal terpilih untuk mara ke pusingan akhir penghujung bulan ini.

Siapakah yang bakal memenangi peraduan itu nanti ya? Sama-sama kita saksikan.

Adakah anda pemenang bertuah yang dicari-cari?

Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan GTIWorthersee sekarang juga!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…