Perlumbaan kelayakan tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 25 Jun bertempat di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
Perlumbaan tersebut akan mencabar peserta untuk menempuhi pelbagai bentuk rupa bumi dan halangan dalam format time attack, dimana ia terbuka kepada semua pemilik motosikal adventure (Enjin 2 silinder, 500cc dan ke atas) dari Malaysia dan Singapura.
Tiga pemenang akan dipilih, terdiri dari dua orang Malaysia dan satu orang Singapura, dimana mereka akan menerima tajaan penuh termasuk yuran perlumbaan, penginapan dan motosikal KTM 790 Adventure R untuk perlumbaan tersebut.
KTM Malaysia juga akan menyediakan sokongan teknikal sepanjang Rimba Raid Asia 2023 berlangsung.
Rimba Raid Asia 2023 akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 3 September 2023 bertempat di Pahang, dimana ia bakal menampilkan lebih 300 penunggang untuk berentap dalam kategori berbeza sepanjang empat hari pertandingan.
Untuk penunggang yang ingin mencuba untuk mewakili pasukan KTM Malaysia, layari laman web KTM Rimba Raid Asia 2023 untuk sebarang maklumat lanjut.