Seorang rentung, dua cedera kemalangan van dan lori

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG rentung manakala dua cedera selepas van yang dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer (km) 198.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Bagan Serai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, laporan mengenai kejadian diterima pada jam 8.24 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya sejurus itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, dibantu BBP Kamunting diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pasukan penyelamat didapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan van yang terbakar.

“Tiga mangsa cedera termasuk seorang yang rentung telah dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Ujarnya, bagaimanapun maklumat kesemua mangsa tidak dapat disahkan setakat ini. 

Punca kejadian dan maklumat lanjut berkenaan kesemua mangsa terlibat masih dalam siasatan.