Senarai 8 negara Asian tertinggi dengan produksi kereta pada tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri automotif di Asia telah mengalami pertumbuhan yang ketara dalam pengeluaran kereta, menjadikannya pemain utama dalam pasaran automotif global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Negara-negara Asia, termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan India, telah menjadi peneraju dalam pembuatan kereta, menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pengeluaran kereta dunia.

Antara yang menjadi sebab utama pertumbuhan pengeluaran kereta di negara-negara Asia ialah peningkatan kelas pertengahan di rantau ini.

Apabila pendapatan kebanyakan rakyat meningkat, terdapat permintaan yang lebih besar untuk kereta, sekaligus menyebabkan lonjakan dalam pengeluaran kereta.

Selain itu, kerajaan di beberapa negara Asia telah melaksanakan dasar dan insentif untuk menggalakkan pembangunan industri automotif, yang telah membantu memacu pertumbuhan tersebut.

Apa yang menariknya, Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu dari lapan negara di Asian dengan pengeluaran kereta tertinggi.

Tentu sekali ianya dibantu melalui produksi pelbagai model sedia ada dan baharu yang diperkenalkan setiap tahun di Malaysia.

Baru-baru ini, senarai pengeluar tertinggi dari Organization Internationale des Constructeurs d'Automobiles (OICA) untuk tahun 2022 di Asian telah dikeluarkan, ianya termasuk kereta penumpang, kenderaan komersial ringan, bas mini, trak, bas dan koc

Berikut merupakan senarai negara mengikut pengeluaran kenderaan tertinggi di Asian:

  1. China - 27,020,615 unit
  2. Jepun - 7,835,519 unit
  3. India - 5,456,857 unit
  4. Korea Selatan - 3,757,049 unit
  5. Thailand - 1,883,515 unit
  6. Indonesia - 1,470,146 unit
  7. Iran - 1,064,215 unit
  8. Malaysia - 702,225 unit

 

Sumber: seaasia.co dan Bernama