Selepas ID Buzz, Beetle versi elektrik bakal muncul!

oleh Mohamad Hanif|
VW Beetle sudah pun disahkan tidak akan diproduksikan dan akan mula keluar daripada barisan pengeluaran menjelang tahun hadapan.

Namun begitu, sumber daripada Autocar memberitahu nama Beetle tersebut tidak akan terkubur begitu sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, ia akan menjadi pengganti tidak rasmi untuk VW Beetle yang akan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya berdasarkan platform baharu MEB yang kini menjadi asas kepada dua produk ID, iaitu ID Crozz dan ID Buzz yang diinspirasikan daripada VW Type-2. 

 


Menurut ketua pereka VW, Klaus Bischoff berkata, oleh kerana sebelum ini VW Beetle tidak mampu terjual dengan laris disebabkan sasaran pembeli yang kecil (produk niche), Beetle EV ini bakal hadir dengan rekaan ikonik asal Beetle dan ciri empat pintu berbanding dua pada model sedia ada. 

Walaubagaimanapun, model cadangan ini tidak akan memasuki pasaran sehingga 2023 paling awal, oleh kerana VW kini mahu menumpukan perhatian kepada model EV ID Buzz yang dijangka akan memulakan penjualan pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baca: Volkswagen ID Buzz AD Bertempat di ITS World Congress Hamburg baru-baru ini, Volkswagen…