Selebriti jelita, Yuumi kini duta Isuzu Malaysia

oleh DIANA ISMADI|

Penghibur jelita yang dilahirkan di Jepun, Yuumi kini telah dilantik menjadi duta Isuzu.

Ketika berusia lima tahun, Yuumi dan keluarganya telah berpindah ke Malaysia. Beliau juga boleh bertutur dalam bahasa Jepun, Cina, Melayu dan Inggeris.

Kerjaya beliau bermula dengan menjadi seorang model pada tahun 2015. Kemudian beliau terlibat dengan beberapa program televisyen, antaranya adalah “Jenaka Kampung Kalut” iaitu rancangan komedi yang disiarkan di TV3, “Nasi Lemak Kopi O” siaran TV9 dan “Melodi” siaran TV3.

Mulai Ogos depan, Yuumi bakal tampil dalam program “The Captivity Travel of Malaysia” bagi mempromosikan Malaysia. Program ini bakal disiarkan di beberpa saluran TV di Jepun seperti CATV, Sky Perfect TV dan IPTV.

“Walupun Yuumi masih muda dan masih dalam fasa membina kerjaya, beliau sangat komited untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia dan bersedia untuk menyahut cabaran di negara ini” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura.

“Saya sangat teruja dan bersyukur di atas kerjasama dengan Isuzu Malaysia. Sebagai jenama ternama di Jepun dan Malaysia, ini merupakan satu peluang terbaik dalam karier saya” kata Yuumi.

Yuumi akan muncul dalam semua kempen Isuzu Malaysia, siri jelajah dan juga sosial media.

Bukan itu sahaja, beliau juga bakal beraksi sebagai gadis gelanggang dalam perlawanan World Boxing Council (WBC) Asia dan Orient and Pacific Boxing Federation (OPBF) di Mid Valley Exhibition Centre, 9 Julai ini.

Isuzu Malaysia merupakan penaja utama pertandingan tersebut.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai salah satu syarikat tempatan utama yang menyediakan servis penghantaran ekspres…
Informasi
Menurut Kenji Matsuoka, selaku Ketua Pegawai Eksekutif semasa yang bakal melepaskan jawatan…
Uncategorized
Unit yang disumbangkan itu dilengkapi enjin Common Rail terkini untuk kegunaan akademik para…