Selamat tinggal Accord, Camry, Vios, Almera

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semalam bermulanya era baharu di dalam industri automotif negara Singapura apabila kerajaan itu telah memulakan undanhg-undang kawalan asap Euro 6.

Singapura telah mengumumkan pelan tindakan itu sejak Disember 2014 dan tidak berganjak dari tarikh tersebut.

Kenderaan yang sedia ada di atas jalanraya tidak akan terbabit di dalam pelan baharu ini tetapi kenderaan yang tidak mengikuti piawaian Euro 6 tidak lagi dibenarkan dijual di Singapura.

Antaranya ialah Nissan Teanna, Nissan Almera, Honda Accord, Honda Mobilio, Toyota Vios, Toyota Camry, kesemua model-model Chevrolet yang sedang dijual di Singapura (menunjukan bahawa General Motors langsung tidak hiraukan pasaran Asean), Suzuki Swift, Suzuki S-Cross, Hyundai Veloster dan beberapa model lagi.

Menurut laporan Straits Times dari Singapura, pemberhentian penjualan model-model itu tidak akan begitu dirasai oleh syarikat kenderaan di Singapura kerana pasaran di sana sudah lama berubah ke arah genre SUV yang rata-rata menggunakan enjin Euro 6.

shuttle
Singapura juga membenarkan kereta-kereta grey-import dari Jepun untuk masuk dan antara yang popular ialah Honda Shuttle.

 

Bagi kenderaan-kenderaan yang diimport dari Jepun (kenderaan recond dan JDM), kerajaan Singapura mengumumkan bahawa standard piawaian asap JPN2009 yang diperkenalkan di Jepun lapan tahun lalu dikira pakai sebagai menepati piawaian Euro 6.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) menerangkan bahawa kenderaan yang mempunyai sistem pancutan bahan api jenis "port" (port-fuel injection) dan menepati piawaian JPN2009 akan diterima sebagai Euro 6 sekiranya pengimport kenderaan recond atau JDM mampu menghasilkan dokumen ujian oleh pihak ketiga yang menyatakan kenderaan itu menggunakan sistem pancutan bahan api yang diluluskan.

EURO 6 DETAILS
Ciri-ciri asap menurut piawaian Euro 6.

 

Bagi agen pengimport sah, dokumen dari syarikat kenderaan itu diperlukan.

Walaupun piawaian JPN2009 sudah berusia lebih dari lapan tahun berbanding dengan Euro 6 yang baharu diperkenalkan di Eropah, piawaian Jepun itu nyata lebih ketat sejak dahulu lagi.

Perubahan ini adalah titik mula sahaja bagi industri automotif Singapura.

Pihak kerajaan Temasik itu akan memperkenalkan undang-undang baharu yang lebih ketat bermula Januari 2018 di mana kerajaan Singapura akan memberikan potongan cukai ATAU penambahan surcaj cukai bergantung kepada lima faktor pencemar alam sekitar ini:

  1. Karbon Dioksida
  2. Karbon Monoksida
  3. Nitrogen Oksida
  4. Hidrokarbon
  5. Bahan partikel (particulate matter)

Itu akan merubah terus lanskap automotif Singapura kerana kenderaan Eropah yang menggunakan enjin turbo kecil akan menarik surcaj tambahan sehingga $20,000 berbanding dengan rebat cukai sekarang sebanyak $5,000.

Punca kenapa Singapura mahukan piawaian Euro 6 ialah kerana ia mahu mengurangkan pencemaran udara secara drastik di pulau itu serta menjadi pemangkin kepada penggunaan kenderaan elektrik serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Piawaian asap untuk kenderaan di Malaysia, negara jiran terdekat Singapura pula ialah Euro 2M, iaitu lebih rendah dari Euro 2.

Australia juga akan memperkenalkan piawaian Euro 6 pada Julai 2018.

Kenderaan enjin petrol Euro 6 di Singapura sepatutnya masih boleh menggunakan petrol Euro 2M di Malaysia. Cuma untuk enjin diesel Euro 6, kemungkinan pelet pemangkin ADBlue diperlukan. 

Euro Standards
Anda boleh bandingkan perbezaan piawaian Euro 1 sehingga Euro 6. Malaysia menggunakan Euro 2M, di mana ia rendah sedikit dari Euro 2.