Selamat jalan, Renault Megane RS - produksi tamat akhir 2023

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan Honda telah menyebut Civic Type R merupakan model terakhir mereka yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman, tidak ada sebab untuk Renault terus mengekalkan penawaran model yang menjadi seteru rapat hot hatch tersebut - Megane RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terbaharu daripada Drive, pengurus besar Renault Australia Glen Sealey mendedahkan divisyen Renault RS akan ditamatkan operasinya menjelang akhir 2023, kesan daripada penurunan permintaan terhadap kereta sports berkuasa petrol.

"Model Megane RS akan ditamatkan riwayatnya tahun depan. Saya tidak mempunyai tarikh akhir produksi muktamad buat masa ini, namun dari sudut pandang produksi, ia tidak akan diteruskan selepas akhir tahun depan.

"Permintaan terhadap hot hatch di Eropah semakin merudum. Ia boleh digantikan dengan sebuah kenderaan elektrik, dan langkah itu dilihat munasabah," jelasnya lagi.
 

RS


Berdasarkan kenyataan tersebut, besar kemungkinan Renault sedang bekerja untuk membangunkan Megane E-Tech yang lebih berkuasa yang mampu menyaingi angka prestasi Megane RS sedia ada.

Ini bermakna, Renault perlu berusaha bagi memastikan model hot hatch berkuasa elektrik mampu mengatasi angka Megane RS yang dilengkapi dengan enjin 1.8 liter turbo menghasilkan 300 hp dan 420 Nm di dalam trim Trophy.

Di Australia, Renault bakal melancarkan model Megane edisi pengakhiran sebagai penutup kepada penawaran model tersebut di sana, dan langkah yang sama mungkin akan dilaksanakan di Eropah kelak.

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…