Sehingga kini, 4.5 juta kereta Perodua berada di jalan raya sejak 1994

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sejak diperkenalkan pada tahun 1994 melalui model pertamanya yang ikonik iaitu Kancil, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah mencatatkan sejumlah 4.5 juta kereta di jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka itu sekaligus menjadikan Perodua antara penyumbang utama dalam perkembangan sektor automotif negara hampir tiga dekad lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka jualan merupakan aspek yang menjadikan Perodua jenama pilihan rakyat Malaysia sejak tahun 2006 hingga kini.

 

2

 

Datuk Seri Zainal juga berkata daripada jumlah itu, model paling laris dalam sejarah penubuhan syarikat pengeluar kereta kompak nasional itu adalah Perodua Myvi dengan 1.4 juta unit terjual, diikuti Kancil dengan 708,527 unit dan Axia 611,787 unit.

Beliau berkata, "Pada tahun ini pula, PERODUA menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 330,000 unit kenderaan dan menjual 314,000 unit."

"Setakat Januari hingga Jun tahun ini, kami mengeluarkan 153,813 kenderaan, iaitu peningkatan 17 peratus berbanding 131,641 unit dikeluarkan dalam tempoh sama pada 2022."

 

3

 

"Peningkatan pengeluaran ini membolehkan kami menjual 144,690 kenderaan bagi separuh pertama tahun ini berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama pada 2022."

"Kami yakin prestasi Julai hingga Disember tahun ini juga akan lebih baik kerana jumlah hari bekerja lebih banyak berbanding suku pertama dan kedua tahun ini,"

Datuk Seri Zainal turut berkata pihaknya sentiasa berusaha membaiki cadangan nilai produk dan perkhidmatan demi rakyat Malaysia, pada masa sama, mengekalkan harga kenderaan pada tahap mampu milik tanpa menjejaskan kualiti.

 

4

 

"Penambahan nilai dimaksudkan dapat dilihat dengan kewujudan sistem pemanduan seperti semi-autonomous (Tahap 2) yang merangkumi fungsi Kawalan Jelajah Adaptif dan sistem Kawalan Kekal Lorong pada varian tertentu."

"Kebiasaannya, ciri seperti ini hanya ada pada kenderaan yang berharga lebih RM100,000 sahaja. Tambahan lagi, nilai kenderaan terpakai model PERODUA adalah antara yang terbaik di pasaran. Keupayaan kenderaan kami terbukti di samping kos penyelenggaraannya yang rendah," katanya.

Beliau menjelaskan, PERODUA sentiasa menambah baik produk dan perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.

 

Artikel asal: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…