Segmen LMPV masih menjadi pilihan keluarga di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran LMPV (low multiple purpose vehicle) di Indonesia sememangnya unik oleh kerana terlalu banyak pengeluar yang 'berperang' demi merebut permintaan yang agak tinggi bagi segmen tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jikalau sebelum ini tanpa kehadiran mereka, Toyota sememangnya sangat selesa di kedudukan teratas dengan model sejuta umat mereka, iaitu Toyota Avanza disebabkan kebolehannya membawa muatan penumpang serta jimat bahan bakar, dengan rekaan yang agak selamat untuk sebuah MPV kelas bawahan. 

Namun begitu, kehadiran beberapa pengeluar di dalam segmen LMPV kini telah mengganggu gugat kedudukan Toyota Avanza sebagai raja MPV yang menguasai hampir 50 peratus pasaran di dalam segmen itu. 


Terkini, berdasarkan laporan jualan yang dikeluarkan oleh Gabungan Industri Kendara Bermotor Indonesia (GAIKINDO) untuk tempoh Januari sehingga April 2018 menyebut jualan Mitsubishi Xpander kini telah merampas kedudukan Avanza dengan perbezaan jumlah unit jualan menghampiri 1,000 unit.

Dengan jumlah jualan Xpander mencecah 29,069 unit, ia mencatatkan penguasaan pasaran hampir 31.03% berbanding Avanza sebanyak 30.24%. 

Kehadiran Xpander membawa beberapa faktor kemenangannya merampas takhta Avanza, iaitu rekaan yang ditampilkan berlainan dengan tipikal sebuah MPV dan juga ciri-ciri menarik berkualiti yang didatangkan, menjadikan Xpander kini benar-benar MPV sejuta umat yang terbaharu di Indonesia.
 


Di tempat ketiga, kehadiran Suzuki Ertiga generasi baharu juga turut menyumbang penguasaan pasaran sebanyak 12% dalam segmen LMPV ini menjadikannya salah satu daripada 10 MPV paling popular di sana. 

Generasi yang tidak akan memasuki pasaran Malaysia melalui Proton ini menggunakan enjin K15B 1.5 liter yang lebih bertenaga dan jimat bahan api pada masa yang sama. 

Daihatsu pula selesa di tangga keempat dengan penjualan Xenia (kembar Avanza) sebanyak 11,558 unit dan mencatatkan penguasaan pasaran 12.34%, manakala Honda Mobilio pula memegang 8.17% pasaran (7,651 unit).

Jualan Honda untuk segmen ini didapati tidaklah sehebat rakan-rakanya oleh kerana mereka lebih menumpukan perhatian kepada segmen SUV yang kini mencatatkan kenaikan jualan hampir 79% untuk tempoh yang sama berbanding tahun lalu. 

 


Kemeriahan persaingan di dalam segmen LMPV ini turut diserikan dengan kehadiran dua pemain baharu dari China iaitu Wuling dengan MPV Cortez dan DFSK yang hadir dengan SUV (maaf lari tajuk sedikit).

Di dalam usaha untuk menawan pasaran yang kini tepu dengan jenama daripada Jepun, pengeluar daripada China ini hadir dengan satu tarikan baharu, iaitu harga mampu milik yang menarik perhatian para pembeli berpotensi di Indonesia. 

Ini sememangnya satu cubaan yang berani dari Wuling dan DFSK, malah mereka kini di dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam pasaran Indonesia dengan memperbanyakkan pusat pengedar serta memastikan servis selepas jualan yang berkesan demi menawan hati para pelanggan.

Strategi mereka telahpun kami sentuh di dalam artikel di bawah.

Strategi Aktif Pengeluar China Tawan Pasaran Negara Jiran

Sumber: Tribun Pekan Baru, Gaikindo

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Hyundai cuba untuk menyelit dengan memperlihatkan gambar acah sebuah MPV serba baharu yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autonetmagz, model facelift Xpander itu dilihat sedang menjalani proses…
Berita Global
Namun begitu, ia tidak pernah menghalang Mitsubishi Indonesia daripada terus mencatatkan pencapaian…