Sedan pertama daripada Land Rover - bakal beri saingan sengit kepada S-Class dan 7 Series

oleh Mohamad Hanif|
Desas-desus sebelum ini yang mendakwa Land Rover bakal hadir dengan model sedan tersendiri sudah terjawab apabila Jaguar Land Rover mengesahkan berita tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan yang diberi nama Road Rover itu diberitakan akan menggunakan platform terkini daripada Jaguar XJ dan bakal berkongsi casis dan sebahagian panel dalaman. 

 


Rekaan luar sedan ini dikatakan bakal menyerupai SUV Land Rover Velar dan dua buah imej manipulatif yang dipaparkan menunjukkan rupa sedan tersebut sekiranya ia mengikut resepi terkini yang dibawakan oleh Land Rover. 

Road Rover ini dijangka akan memberikan saingan yang sengit kepada Mercedes S-Class ataupun BMW 7 Series dan dikatakan bakal hadir dengan varian elektrik sepenuhnya menggunakan teknologi I-Pace daripada Jaguar. 

Sedan ini bakal dipertontonkan kepada umum menjelang penghujung 2019. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…