Sebuah SUV terlepas panggilan recall - akibatkan kerugian bernilai $100 juta!

oleh Muhamad Hanif|
Ini merupakan contoh terbaik bagi mengingatkan betapa bahayanya seseotang pemilik mengabaikan notis panggilan balik (recall) yang telah dibuat oleh pihak pengeluar, sehingga mengakibatkan kerugian jutaan dollar Amerika, dan mencetuskan pergaduhan antara pihak pengeluar.
Promosi Duit Raya

Kisah ini bermula apabila seorang pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara membawa masuk SUV Ford Escape tahun 2002 miliknya ke dalam kapal kontena untuk tujuan berpindah akibat tugasan. 
 


Wanita ini tidak sedar bahawa SUVnya itu tertakluk kepada 10 panggilan recall yang dibuat oleh Ford - salah satunya adalah risiko tercetusnya kebakaran walaupun kenderaan dimatikan - oleh kerana terlalu sibuk berurusan di luar negara. 

Kapal kontena MV Courage yang membawa muatan kenderaan baharu BMW, Mercedes-Benz, kenderaan tentera dan kenderaan persendirian pegawai kerajaan didapati terbakar kira-kira 12 jam sebelum diarahkan mendarat di Southampton, UK. 
 


Siasatan terperinci mendapati punca kebakaran tersebut adalah disebabkan Ford Escape yang dikatakan terbakar dengan sendirinya sebelum merebak kepada kenderaan di sekeliling dalam kapal kontena tersebut. 

Kejadian tersebut telah memusnahkan 187 buah BMW bernilai US $7.3 juta, 757 buah Daimler bernilai US $33.1 juta, dan 221 buah kenderaan persendirian bernilai US $4.75 juta. 

Secara keseluruhannya, sebuah SUV yang terbakar telah mengakibatkan kerugian bernilai US $100 juta termasuk jumlah kerugian akibat kerosakan yang dialami oleh kapal pengangkut kontena berkenaan.
 


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh National Transportation Safety Board (NTSB), bendalir brek yang bocor daripada penutup reservoir silinder utama memasuki sistem sambungan pendawaian ABS menyebabkan litar pintas dan seterusnya menyebabkan kebakaran tercetus dengan sendirinya walaupun enjin kenderaan dimatikan. 

NTSB turut menyebut, pemilik kenderaan SUV tersebut tidak sedar panggilan balik yang telah dibuat oleh Ford berkenaan risiko kebakaran tersebut oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja di luar negara. 

Insiden ini turut mencetuskan perbalahan di mana pihak BMW dan Daimler bersepakat untuk menyaman Ford akibat kerugian yang mereka alami, manakala Ford pula dikatakan menyaman syarikat perkapalan tersebut GovLog NV. 

Persoalan yang timbul di sini ialah, adakah Ford berusaha dengan sebaiknya untuk memanggil balik kesemua pemilik unit yang terlibat dengan recall, ataupun sikap para pemilik itu sendiri yang acuh tak acuh terhadap panggilan tersebut. 
 


Mungkin sesetengah pengeluar dilihat lepas tangan di dalam isu ini, ataupun mereka lambat bertindak, namun untuk memukul rata bahwa pengeluar tidak melakukan tanggungjawab mereka adalah tidak benar sama sekali. 

Kita boleh merujuk kepada kes kontroversi beg udara Takata, di mana Honda aktif memanggil semula pemilik unit yang terlibat, termasuklah menggunakan platform Facebook untuk mengesan pemilik yang gagal dihubungi. 

Hakikat dan realitinya, masih terlalu banyak kenderaan yang terlibat dengan proses panggil semula sehingga kini masih berjalan melata dengan bebas tanpa memikirkan kesan sampingan akibat tidak menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa. 

Jadi, disini tugas kita sebagai pengguna untuk sentiasa peka dan prihatin terhadap berita di sekeliling kita, dan sentiasa mengingati rakan-rakan yang memiliki unit yang terjejas supaya segera menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa.

Sumber: Jalopnik
 

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jadi apa yang boleh dibuat oleh pengeluar bagi mengatasi atau mencegah masalah ini? Ford sedar…
Berita Domestik
Promosi servis ini turut melibatkan pemeriksaan 27 mata yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang…
Berita Global
Terletak di Pusat Pembangunan Produk John Andrews Cologne, Jerman, Environmental Test Centre itu…