Sebab sebenar kenapa tiada produk R3

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama prestasi Proton, R3 memang mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Ia juga adalah jenama prestasi tempatan yang paling kuat, malah lebih kuat dari Proton sendiri dikalangan pencinta motorsports.

Namun begitu, R3 sudah lama menyepi dan hanya muncul khusus untuk membina jentera-jentera perlumbaan Proton, dan yang menariknya, dengan Tengku Djan Ley di kerusi pemandu, Proton R3 sentiasa menjadi juara.

Careta berjumpa dengan Abdul Rashid Musa, Timbalan Presiden Bahagian Jualan dan Pemasaran Proton dan menurutnya, ada sebab kenapa R3 tidak lagi menghasilkan produk untuk kereta-kereta Proton yang dijual di dalam pasaran.

“Sejak tahun 2015, pihak kerajaan telah menaikan taraf homologasi kenderaan yang mahu dijual di dalam pasaran tempatan,” terang Rashid.

Taraf homologasi UN ECE WP29 yang diguna pakai oleh lebih dari separuh negara-negara dunia ini memastikan segala komponen yang digunakan pada kenderaan itu menepati piawain keselamatan dan kualiti. 

Malaysia memilih untuk mengikut standard piawaian homologasi ini dan menjadi negara pertama di Asean yang berbuat demikian. Malah, negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sedang bersedia untuk turut menggunakan homologasi yang sama kerana mereka mempunyai masalah kemasukan produk-produk dengan standard kualiti dan keselamatan yang terlalu rendah dari negara China dan sebagainya.

“Kerana itu, segala komponen R3 yang mahu dijual bersama kenderaan Proton perlu mendapat pengiktirafan piawaian Eropah dan menerima logo E-marking. Kerana jumlahnya kecil, kos ujian piawaian menjadi terlalu tinggi,” ujar Rashid.

Beliau tidak menolak bahawa barangan R3 mungkin akan diperkenalkan kembali pada masa hadapan, dan ini mungkin juga kerana Proton akan mendapat beberapa faedah penting hasil jalinan pemilikan bersama Geely.

“Tiga perkara penting yang kita dapat dari Geely ialah daya saing, teknologi dan penggunaan kilang secara optimum. Dengan adanya skala ekonomi, kita boleh menurunkan harga komponen,” katanya.

Apapun, kepada peminat R3, jangan risau kerana sememangnya Proton tahu akan nilai jenama itu dan mereka akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu bagi peminat R3.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…