Satu maut, tiga cedera, lori rempuh belakang bas persiaran

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita maut manakala dua lagi cedera setelah lori muatan kelapa sawit yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah bas persiaran dua tingkat di Kilometer 200.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Kamunting hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan kira-kira pukul 11.30 pagi itu turut membabitkan empat buah lori.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kemalangan itu turut melibatkan empat buah lori, seorang dari lori tersebut cedera manakala tiga lagi dari lori berlainan selamat.

 

"Seorang wanita dari lori sawit disahkan maut di lokasi kejadian, dua lagi dalam kenderaan sama iaitu seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan cedera," katanya.

 

Menurut Sabarodzi, ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah mengarahkan kerja "size up" dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan berkenaan.

 

Katanya, enam orang penumpang bas persiaran pula selamat dan dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan.

 

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan dan pemantauan terhadap lori turut dilaksanakan bagi memastikan tiada unsur yang menyebabkan kebakaran.