Santa Fe baharu lebih besar, lebih ranggi

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dilancarkan di Korea Selatan baru-baru ini, Santa Fe generasi paling baharu nampak jauh lebih premium dari sekarang.

Menggunakan rekabentuk yang mirip kepada adiknya, Kona, SUV tujuh tempat duduk ini sarat dengan lampu-lampu LED, gril lebih mahal dan garisan rekabentuk yang jauh lebih garang.

 

Ia juga 70 mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar dan jarak roda juga 65 mm lebih panjang, menjanjikan ruang yang lebih selesa untuk semua penumpang.

Ruang but juga lebih luas dan praktikaliti ditambah dengan sistem menurunkan kerusi barisan belakang secara menekan satu butang sahaja.

 

 

Tiga enjin akan memacu Santa Fe baharu ini. Enjin petrol 2.0L turbo dengan 235 PS dan 353 Nm, enjin 2.0L turbodiesel dengan 186 PS dan 402 Nm serta enjin 2.2L turbodiesel dengan 202 PS dan 441 Nm.

Kesemua varian enjin tersebut akan menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan 4-roda.

Pastinya ia akan ke Malaysia dan harapan kami agar harga tetap sama.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Hyundai, kesemua model yang disebutkan perlulah memiliki jaminan pengeluar yang telah luput…
Pelancaran
Ini kerana di sebalik perubahan yang agak agresif tersebut, Hyundai Santa Fe 2021 sebenarnya…
Berita Domestik
Oleh sebab itu, harga jualan bagi Hyundai Santa Fe sedikit meningkat, bermula dari RM171,888.00…