Kerajaan Jerman bakal menaikan saman kepada hampir €2,000 (RM9,500) kepada pemandu-pemandu yang gagal ke tepi untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulan, bomba dan polis.
Isu ini timbul setelah satu kajian terkini mendapati ambulan di sana lambat tiba ke lokasi tragedi kerana pemandu-pemandu sibuk mengambil gambar kemalangan tersebut.
Kajian itu seterusnya melaporkan bahawa empat dari lima ambulan yang dikerah akan lewat limat minit secara purata untuk tiba ke lokasi kemalangan di kawasan sesak.
Denda sekarang ialah €320 selepas ia dinaikan dari €20 pada mulanya.
Mungkin Menteri Pengangkutan Malaysia boleh mengambil iktibar dari berita ini.